Advertise Here

aZie

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Last post for 2015. Ade beberapa jam lg sebelum menjelangnya tahun baru. Ada byk cerita suka duka sepnjg 2015 ni. Yg sudah tu, sudah lahh. Ape yg baik, semoge kte trs istiqamah d jlnNya. Ape yg xbaik, semoga diberi kekuatan utk jauh drnya.

Pesan seorang shbt - azam thn baru 2016 semoge lbh dekat dengan Tuhan. Deep! Tiada yg lbh istimewa melainkan Allah meredhai dan memberkati hdp kte.

Alhamdulillah. Terima ksh ya Allah ats segala yg kau kurniakan.

Dan ini pn slh satu anugerah yg Allah kasik. Anugerah dlm pershbtn. Short gathering with them. Rndu sudahhh. Take care everyone. Semoge thn 2016 dan thn2 mendtg lbh baek dr sblmnya. Aaminn

Comments: (0)

                    Assalamualaikum wbt


2hari lagi sblm menjelang thn baru 2016. Akhirnya saya memilih tndakan yg mungkin bijak utk buat pelaburan dan perlindungan takaful. Wlpn nampak mcm da agk terlewat utk bermula, tp sy berpegang pd kata-kata, better late than never, right? Hihihi.

ni semua hasil dr menghadiri seminar ni. Alhamdulillah Allah bukakan hati utk join. Lets invest! InsyaAllah pelaburan dan perlindungan takaful yg patuh syariah. Semoge murah rezeki utk thn 2016 dan thn2 mendatang. Allahumma aamin. 

Comments: (0)

                     Assalamualaikum wbt

2minggu lepas berkesempatan utk join program ni. Alhamdulillah, da byk kali mengikuti seminar mcm ni. Terima ksh kpd pihak penganjur yg xpernah jemu2 cari slot utk program baik mcm ni. Semoge berterusan usaha kte dlm mencari kebaikan dan keredhaan Allah. InsyaAllah.

Siapakah wanita yg disebutkan dlm alquran? Antara yg disebutkn adalah :-

1) Isteri Nabi adam - Hawa'
2) Isteri Nabi Nuh - xdisebutkan nama. Tp akhirnye memilih utk tdk beriman.
3) Isteri Nabi Luth - xdisebutkan nama. Tp akhirnye memilih utk tdk beriman.
4) Isteri Ibrahim - Sarra. 
5) Isteri Al-Aziz - Zulaikha. Terkenal dgn kisahnya bersama Nabi Yusuf.
6) Ibu Nabi Musa
7) Kakak Nabi Musa
8) Isteri Firaun - Asiah
9) Perempuan Madyan - Isteri Nabi Musa
10) Malikatus' Saba - Balqis
11) Maryam  - Surah Maryam
12) Isteri Abu Lahab - Ummu Jamil - Surah Masad
13) Saidatina Aisyah - isteri Rasulullah Saw.

Ada beberapa nama yg tdk Allah sebutkan dlm alquran, tetapi ada ceritanya tersendiri. Ia bertujuan utk memberi pengajaran dan peringatan bahawa cerita itu bkn khusus kpd org2 tertentu, tetapi sbgai pengajaran dan peringatan buat seluruh wanita. Utk menjd sebagai suntikan motivasi dalam melayari kehidupan. 

Assalamualaikum wbt.

Kenapa kite perlu menghadiri majlis ilmu? Kerana di situlah tempatnya di mana para malaikat akn mengerumuni utk mendoakan rahmat buat kite. Dan di situlah antara jalan menuju ke syurgaNya.

Antara amalan yg akn berterusan wlpn kite telah meninggal nanti:-

1 - sedekah yg kite buat. Selagi berkesempatan, marilah sama2 kte rebut peluang utk selalu bersedekah.

2 - ilmu yg dimanfaatkan. Selagi berkesempatan, marilah sm2 kte kuatkn smgt utk selalu tambah ilmu. Merajinkan diri utk menghadiri kelas2 ilmu.

3 - anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya. Selagi berkesemptn, mari sm2 kte tanam ilmu keibu bapaan yg terbaik utk diberikan kpd bakal ank2 suatu hari nanti.

Pesan Nabi, selalulah bantu org lain. Pesan Nabi, jgn buka aib org lain. Moge2 dgn kte menjaga aib org lain, menjd asbab utk Allah tutup aib kite juga. InsyaAllah.

Mari sm2 kite berubah utk menjd lbh baik. Semoga trs istiqamah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tgn Islam. Pemimpin yg menakluknya adalah sebaik-baik pemimpim dan pasukan yg berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." - Hadis direkodkan oleh Ahmad bin Hanbal dlm Al-Musnad.

"Takwa adalah sebaik-baik bekalan menghadapi musuh dan selicik-licik tipu helah dlm peperangan." - Saidina Umar Al-Khattab.

"Apabila Allah menolong kamu, tidak ada yg dpt mengalahkan kamu. Apabila Allah membiarkan kamu dgn tidak memberikan pertolongan, maka siapakah yg dpt menolong kamu selain Allah? Kepada Allah sahaja org2 beriman bertawakal." - Ali Imran : Ayat 160

Assalamualaikum wbt.

Terima ksh buat shbtku emy ats e-book yg dikongsikan. Sgt memotivasikan diri. Semoge kte berusaha utk menjadi lbh baik dari sehari ke sehari smpi ke akhir hayat dan dimatikan dlm husnul khatimah. Allahumma aamin.

Teruskanlah berbuat baik, berkata yang baik, tulisan yang baik dan memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain.

Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

Assalamualaikum wbt.


3 golongan yg akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti :-

1 - Golongan yg berusaha dlm menuntut ilmu. Bersungguh sungguh dlm mencari ilmu walau berbagai dugaan. Serta ikhlas dlm mencari ilmu kerana Allah Taala.

2 - Golongan yg sentiasa berselawat kpd Rasulullah saw. Sekurang kurangnya berselawat la 10x di waktu pagi, dan 10x di waktu malam.

3 - Golongan yg cintakan, memuliakan dan menghormati ulama. Sentiasa berdamping dgn mereka utk memperoleh segala manfaat dr ilmu ulama tersebut.

Semoge kita tergolong dlm kalangan 3 golongan yg mendpt syafaat dari Nabi Muhammad saw di akhirat kelak. InsyaAllah.

Assalamualaikum wbt.

Kalau ckp bab simpanan, mesti kita akn bayangkan tentang urusan bank. Tp jgn kita lupa tentang simpanan utk akhirat jg. Nah, ni Antara 7 Simpanan akhirat:-

1) Mengajar dan menyebarkan ilmu yg bermanfaat kepada org lain.

2) Meninggalkan anak soleh yg bermanfaat kpd kedua ibu bapanya.

3) Mewakafkan mushaf alquran.

4) Membina masjid utk kegunaan org ramai.

5) Membina sebuah rumah utk kegunaan org bermusafir yg tiada tpt tinggal.

6) Membina sungai/laluan air utk kegunaan org ramai.

7) Bersedekah ketika sihat dan msh hdp.

Mari berusaha utk berubah menjadi lbh baik dr hari semalam. InsyaAllah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Sometimes, I forget to thank the people who make my life so happy in so many ways.

Sometimes, I forget to tell them how much I really do appreciate them for being an important part of my life.

So, thank you so much besties for this lovely scarft. I'm touched. Love you sarah!

Assalamualaikum wbt.

Ni kwn plg susah nk jumpa. Wlpn duduk xlah jauh mana, tp kekangan masa tu selalu jd faktor penghalang utk kami berjumpe. Ececehhh..

Sahabatku, terima ksh spend 3jam bersama. Wlpn 3jam tu mmg xcukp nk cover cerite pending selama sethn, tp we manage to do it. Hahaha.

Kwn duduk 1 cubicle time probation period kt lyl dulu. Hari2 buat bnda sm. Hari2 cerite mcm2 smpi rs mcm da xde rhsia lg antara kte.. hari2 stress tgk org lain bz byk keje, kte je mcm makan angin pegi keje kn. Ah! Rndu sgt saat dan ketika itu. Hihihi.

Take care syimahhh. May Allah bless us forever.

Assalamualaikum wbt.


- kena pasang niat utk pergi haji/umrah.. letakkan makkah tu sentiasa dekat di hati. InsyaAllah pasti Allah mudahkan.

- buat baik kepada ibu bapa. Doa mereka adalah saham yg hebat utk kehidupan kita. Mohon ibu bapa utk sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan hidup kita.

- sentiasa amalkan sikap suka bersedekah walaupun sedikit. Ketahuilah antara amalan yg dicintai oleh Allah adalah bersedekah ketika kita sehat dan masih hidup.

Assalamualaikum wbt.

Last sunday.

Semoge dipermudahkan urusan bersalin utk shbt sy, nur hamizah. Semoge selamat semuanya. Enjoy the journey, babe. Aunty can't wait to see you, jr. Mizah. Hahaha

And.

Utk baby oct n nov. Le bff nad n saf, may Allah bless you both fil dunya wal akhirat. Semoge semua yg dihajati akn mnjd nyata. Semoge jmpe jodoh yg baek. Dan semoge kte akn trs bershbt bkn setakat kt dunia, malah smpi ke syurgaNya. Aamiin.

I love you all. Rindu sudah!

Sabda nabi saw - jangan kamu meremehkan kebaikan apapun, sekalipun hanya bertemu saudaramu dgn wajah yg manis (wajah gembira dan senyuman) - hadis riwayat muslim.

Thank you besties. ❤❤

Assalamualaikum wbt.

Seminar sabtu lepas. Alhamdulillah berpeluang utk menghadiri majlis ilmu. Berpeluang utk membedah setiap ayt dlm surah yasin.

Share di sini segala yg telah dipelajari. Ya Allah, semoge kau menerima sgl amalan2 kami dan matikan kami dlm husnul khatimah. Aamiin.

Tq besfren 4 attending this seminar together. Semoga kte same2 akn xjemu dlm menuntut ilmu dan berpesan pesan ke arh kebaikan. InsyaAllah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt


"Bagaimana aku mengetahui siapa yg mencintai dan sayang kepadaku..?" 

Jawapannya: 

"Iaitu org yg mahu mendengar dan yg bersama memikul kepedihanmu, selalu bertanya tentangmu, tidak pernah bosan denganmu, memaafkan kesalahanmu, menasihatimu dan mengingatimu agar jaga Dzikir, lisan, akhlak dan sebagainya. Dan juga yg selalu menyertakanmu di dalam doanya.." 

Terima kasih mak abah. 
Semoge kte akn dikumpulkn bersm sm di syurgaNya nti. Aamiin.
Comments: (0)

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah..

Tahniah utk ex-rumet ump saya, adek mira dan suami. Semoge Allah akn memberkati perkahwinan kalian berdua. Semoga Allah akn sentiasa mencampakkan kasih sayang, dan ketenangan dlm rumah tgga kalian.

I'm hepy for both of you. Thank you for inviting me. Hihihi.

❤❤❤
Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

7 Muharram 1437H.

Menerima 2 hadiah istimewa dari shbt sy mggu lepas. Hihihi. So sweettt. 


"Bagaimana aku mengetahui siapa yg mencintai dan sayang kepadaku..?" 

Jawapannya: 
"Iaitu org yg mahu mendengar dan yg bersama memikul kepedihanmu, selalu bertanya tentangmu, tidak pernah bosan denganmu, memaafkan kesalahanmu, menasihatimu dan mengingatimu agar jaga Dzikir, lisan, akhlak dan sebagainya. Dan juga yg selalu menyertakanmu di dalam doanya.." 

[Kerana ukhuwah itu bkn sekadar tulisan dan ucapan, tapi penghargaan yg tiada bandingan]

Terima ksh sahabat. Jazakallahu khairan kathira. Semoga kita akan bersahabat dan berjiran di syurgaNya. Aamiin.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sy berpeluang utk menghadiri 2 hari berturut seminar tentang wanita ini. Sgt terkesan dgn sgl ilmu yg diberikan. Semoge dpt dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga segala usaha akan dipandang di sisi Allah. Aamiin.


Wanita, padamu ada Syurga!

"When she is a DAUGHTER, she opens a door of Jannah (paradise) for her father. When she is a WIFE, she completes half of the Deen of her husband. When she is a MOTHER, Jannah lies under her feet.."

Menurut Hadis Rasulullah SAW:-
- Apabila kamu dikurniakan dgn 3 org anak perempuan, dan kamu membela dan membesarkannya dgn sebaiknya, memberi didikan agama secukupnya buat anak itu, sehingga ia dewasa menjadi wanita yg beragama, maka syurga buat kedua org tuanya. 

- Apabila seorang wanita itu berkahwin, dia telah melengkapkan separuh dari agama buat suaminya.

- Ibumu, ibumu, ibumu. Baru ayahmu. Betapa besar nilaian syurga tu diletakkan di bwh seorang yg bergelar ibu.

Maka wahai seluruh wanita, berbahagialah.. Sesungguhnya dlm setiap fasa hidup kamu itu, ada syurga yg kamu bawa bersama.

*************************

Ada 3 perkara yg boleh melahirkan syurga dlm diri kita:-

1) Fahami makna "Innalillahi wain'na ilaihi rajiun"
- Bermaksud semua di ats muka bumi ini adalah milik Allah. Semua adalah pinjaman darinya. Maka kita akan lebih berbahagia dan berlapang dada bila kita faham kita tak punya apa-apa pun di dunia ini.

2) Fahami bahawa tidak ada yg Allah tetapkn dlm hidup kita, melainkan itu adalah yg terbaik. Sentiasa husnuzon dgn Allah dan redha ats segala ketentuanNya. Maka kita akan lebih berbahagia dan berlapang dada bila kita sentiasa mengucapkan "Alhamdulillah, ala kulli hal"

3) Jika kau ingin bahagia, maka bahagiakanlah org lain, hatta kpd org yg tidak berbuat baik kpdmu. Maka kita akan lebih berbahagia dan berlapang dada bila kita sentiasa membahagiakan org lain. Ayuh, kita sebarkan bahagia!

Assalamualaikum wbt.

Bace buku tulisan tere-liye lg.

"Kalian tdk penting menanyakan pertanyaan apa pun lainnya saat pertama kali bertemu dgn seseorang selain bertanya apa khabar.." - pg. 58

"Kehidupan harus berlanjut. Ketika kau kehilangan semangat, ingatlah kata-kataku dulu. Kehidupan ini seperti daun yg jatuh. Biarkanlah angin yg menerbangkannya.." - pg. 70

"Hidup harus menerima, penerimaan yg indah. Hidup harus mengerti, pengertian yg benar. Hidup harus memahami, pemahaman yg tulus. Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian  dan pemahaman itu dtg.." - pg. 196

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Harini da msk tahun baru islam 1437H. Alhamdulillah, msh Allah pjgkn usia kte smpi ke hari ini. Semoge Allah menerima sgl amalan-amalan kebaikan yg kte lakukan. Semoga kte akn trs istiqomah dlm melipat gandakan pahala. Semoga kte akn terus berkasih syg di bumi Allah ini, dan akan terus berpesan pesan ke arh amar maa'ruf nahi mungkar.. aamiin.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Cerita weekend yg lalu. Menghadiri walimah cousin sy di melaka. Tahniah dik. Barakallah. Selamat melayari alam rumah tgga dgn penuh sakinah, mawadah dan rahmah. Semoge berkekalan smpi ke akhir hayat. Aamiin.

Dan utk ex-rumet ump sy, mira, selamat pengantin baru jgk. Hepy 4 u dear. Hihihi.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Ok, review buku lg. Masih penulis yg sm. Recommended. Tq besfren for borrowing me all Rodier books! Jasamu dikenang. Hihihi.


"Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang-ulang ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad - Al: Ghazali.." - pg.120

"When a person becomes a Muslim by studying nature and himself and then studies the books written by Islamic scholars and learns the life story and beautiful moral conduct of Muhammad SAW, his belief will become more firm.." - pg. 170

"One good thing will lead to another.." - pg. 171

"There's no harm in trying, no fault in learning good thing.." - pg. 173

"Laughter is the best medicine. It can reduce mortality rate and risk of stroke.." - pg. 191

NH

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Ni buah tgn pertama Rodieer. Da selesai baca. Best.

"A saying telling us to live our lifes to the fullest. Maksudnya kita kena buat baik la. Kita hidup ni pun semata-mata utk dpt redha Allah.." - pg. 128

"Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan org di sekeliling kita tersenyum. Teruskan hidup kita supaya apabila kita mati nanti kitalah yg akan tersenyum dan org sekeliling kita pula yg akn menangis.." - pg. 154

"Tak salah mengingati mati. Dgn mengingati mati kita lbh menghargai hidup. Kita lbh berusaha nak cari keredhaan Allah.." - pg. 166

"Semua yg kita miliki di dunia ni bkn hak kita, tp hak Allah. Dia berhak utk mengambilnya semula drpd kita, tak kiralah betapa berharganya satu 'permata' itu pada kita. Apa yg diambil drpd kita tu, bukan milik kita. Hanya dipinjamkan pd kita krn rahmat Allah yg tak terhingga kpd hambaNya.." - pg. 233

"When the door of happiness closes, another opens, but sometimes we look so long at the closed door, that we don't see the one which has been opened for us.." - pg. 240

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya qurban.

Ibadah qurban sering dikaitkan dgn pengorbanan Nabi ibrahim dan anknya Nabi Ismail. Yang mana Allah rakamkan kisah ini di dalam alquran.

sempena ibadah qurban ni, Mari sy kongsikan 4jenis Pengorbanan lain yg sinonim dgn diri kite:-

1 - Pengorbanan Spiritual.
Penggantungan kte hny kpd Allah bkn makhluk. Seringkali kte mencari Allah ketika dlm kesusahan semata. Maka ubah sikap, utk sentiasa meletakkan Allah tu dlm tingkatan plg tggi dlm hati kite. Semoge berjaya!

2 - Pengorbanan Fizikal
Ibadah qurban sering dikaitkan dgn amalan utk bersedeqah dlm melaksanakan ibadah qurban. Rebutlah peluang ini bersama-sama. Belanjakan sedikit harta yg kte ada ni ke jalanNya sebagai hadiah buat Allah. Moge2 berkat murah hatinye kte itu, akn Allah gandakan lg rezeki kte. Siapa tahu kn.

3 - Pengorbanan Rohani
- Ambil masa di bulan barakah zulhijjah ini. 10 hari yg pertama dijanjikan dgn bermacam pahala. Rebut peluang utk bykkn bersedekah, berpuasa, berzikir, bertahajud dan apa jua amal2 kebaikan. Sebab kite xkn pernah tahu sampai bile Allah akn kasik pnjm nikmat umur ini. Maka lakukan sebaeknya ape yg kte mampu bermula skrg. Usah bertangguh lg.!

4 - Pengorbanan Intelektual.
- Sampaikanlah ilmu walaupun dgn 1 ayat. Ini pesan Nabi kte. Buat yg mempunyai kelebihan ilmu, pastikn kte gunakan di landasan yg btl. Berkongsi dan saling meraikan. Bukankah 3 amalan yg akan dibawa mati nti salah satunya adalah dgn ilmu yg bermanfaat.. AllahuAkhbar!

Muhasabah diri.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

#trowbek

Barakallah buat kwn sekola saya merangkap anak cikgu sekola. Time ni la bole reunion jumpe kwn2 sekelas yg mmg da lama sgt xjmpe. Time ni lah dpt reunion jmpe cikgu2 sekola yg amat dirindui. Terubat rndu! Ecewahhh. Hihihi.

Selamat pengantin baru buat aiena dan suami. Selamat menjalani alam rumah tgga. ❤

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Pertama kali try buat spagethi carbonara. Saje ubah selera. Selalu buat yg bolognase.

Here we go. Senang dan simple sgt. Bahan-bahannya - spagethi, sos prego carbonara, hirisan hotdog. Hihihi.

Ok bole cube lg lenkali. Jimat masa dan tenaga sgt.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.


Jarang nk bc buku english version. So here we go. Ni buku english pertama yg rasa2nye mmg sy hayati btl2. Triple tumbs up! Thank you my fren for sharing this lovely book. Hihihi.

"..there is a way to be good again.." - pg. 2

"..people say that eyes are windows to the soul.." - pg. 8

"..zendagi migzara - life goes on.." - pg.152

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Pagi2 bukak fb. Tgk mesej ni rs nk senyum smpi telinga. Ya Allah, betapa sy rndu benar pd mereka. Rndu gelak tawa, susah senang, dan suka duka yg dikongsi bersama.

Alhamdulillah. Kte msh lg bersahabat smpi ke hari ini. Ump.. di sinilah titik pertemuan kte semua. Semoge pershbtn ini tak terhenti di sini sahaja, malah akn berjiran di syurga firdausi. Aamiin.

Tq zetty. Tart ko sentiasa akn menjd pujaan hatiku. Cehhh..

Dan terima ksh aten ats chit chat td. Hihihi.

How i miss you all so much. May Allah bless us.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Hello september! Harini da msk hari ketiga di bln september. Kejap btl ms berlalu skrg. Semuanya sepantas kilat. Cehhhh.

Harini offday. Da lama tgk coklet tu bertapa dlm petiais. Makanya harini merajenkn diri. 2 bnda skli dpt buat. And... this is the 1st trial. I never do this before. Yeahhhh. Tepuk tgn kt diri sndri walaupan serius senang sgt bnda alah ni nk buat. **malu** Hihihi.

1) oreo coklet ball

- biskut oreo
- cream cheese
- coklet masakan
- hiasan peanut

2) cornflakes coklet

- conrflakes
- coklet masakan
- sarung biskut

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Ini cerita sabtu lepas. Kami berpicnic di Sacc mall kt padang yg bsr tu. Seronok sgt. Tgk org bwk family. Tgk org bergembira dgn kwn2 dan psgn msg2. Just enjoy every single moments. Sbb kte xkn pernah tahu sampai bila je Allah akn pinjamkn mereka-mereka ini dlm hdp kte. Selagi msh ade kesemptn, just do the best and be the best.

Thank you girlfriends for the sweet moments. I love you, my high school besties! May ur frenship remain till jannah. Aamiin.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Semalam berkesemptn melawat kwn opis sy. Eh eh mcm da lama btl xjmpe. Last jmpe setahun yg lalu. Dan kini, alhamdulillah khai da jd umi. Tahniah ye.

Seronok btl bile jmpe kwn lama. Mcm2 cerite kelua sampai rs xnk balik. Hahaha. Thank you for having us. Tq besfren 4 always accompany me ke hulu ke hilir. Hahaha.

InsyaAllah pjg umo, ada jodoh semoge kte akan berjumpa lg. Semoge izz rifqi membesar jd muslim yg hebat.. aamin. Aunty azi love you! Omeyyy sgt.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Masih dlm mood raye. Open house di sana sini. Xsalah pun, asal jgn membazir. Selain tu, dpt eratkan silaturrahim sesama kite semua.

Semalam jumpe geng2 ms belaja dulu. Walawehhh. Rndu btl. Rasa lama sgt xjmpe. Walaupun semua duduk area slgr dan kl je pn, nk meet up tu mmg bkn bnda senang. But, we manage to meet up yesterday. I'm soo happy! Hihihi.

Tq utk semua yg menjemput sy ke rumah korang. Kenyang perut suke hati. Hahaha. Alhamdulillah.

Semoge pershbtn kte semua akn berkekalan smpi ke syurgaNya. ❤

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Saya tukar sikit tajuk die jadi Allah loves us. Dan mmg hakikatnya, Allah sgt menyayangi kite semua. Dia yg bersifat ar rahman dan ar rahim.

Tp buku ni bertajuk Allah loves me. Utk pertama kalinya sy bc buku krgn Jerry D. Gray. Subhanallah. Sy sgt kagum dgn penulisannya. Seorang kristian yg telah memeluk islam, lalu berhijrah ke indonesia, berkahwin dan menetap di sana.. di indonesia lah, penulis giat menulis pelbagai buku yg sy rs harus dibaca oleh semua org.

Penulis berkongsi detik2 kehidupannya sebelum memeluk islam, bagaimana penulis pernah berkhidmat utk pesawat amerika dan arab saudi. Bagaimana gaya hidup penulis sblm memeluk islam, menjadi jurulatih scuba, wartawan, dan akhirnye berkecimpung dlm bidang penulisan.

Antara karya beliau - Rasulullah is my doktor. Sy belum berpeluang utk baca buku ni lg. Tp buku tu menceritakan tentang bagaimana gaya pengamalan hdp rasulullah yg sehat. Zaman dulu xde vaksin pn. Xde byk penyakit pn. Jerry bgthu vaksin tu semua adalah salah satu agenda Amerika utk memburukkn lg kesihatan manusia sedunia. Amerika telah berpakat dgn WHO dan saintis2 utk menunjukkn kononnye kajian vaksin adalah terbaik. Allahu Akhbar. Sy takut bile jerry sentuh bab ni. Wlpn die bkn doktor, tp latar blkg die yg pd asalnya mmg org tetap amerika, sedikit sebyk meyakinkan sy pendapatnya. 
Cubalah carik buku ni. Mgkn sedikit sebanyak akn membuka mata kite semua.

Dan, lagi satu try carik buku penulis bertajuk trust no one. I'm looking for it too. 

Never trust anyone! amerika, uk dan israel lbh2 lg. Terlalu mcm agenda yg mereka telah, sedang dan akn rencanakan. Mereka mmg bencikan org islam. Bangkitlah wahai seluruh umat islam. Kita sudah di ambang akhir zaman. Kiamat da mmg makin hampir. Jgn duduk diam berselimut tubuh..

semoga Allah berikan kekuatan dan kemenangan buat seluruh umat islam. Aamiin. 
Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

RKDJU. Buah tgn seterusnya dr roza roslan. Buku yg sgt bagus. Bagus dlm mendidik dan muhasabah hati-hati kite. Penulis menceritakan pengalaman beliau dr sebelum berhijrah ke madinah, sehinggalah suaminye bertugas di universiti madinah, mendorong mereka sekeluarga utk berhijrah ke madinah, bumi berkah slps mekah.

Madinah - di situlah terletaknya masjid agung, masjid nabawi, dan di dalamnya terdapat jasad manusia agung juga, iaitu lah Nabi Muhammad saw berserta sahabatnya, Saidina Abu bakar dan Umar al-khattab.

Kediaman roza sekeluarga di jabal uhud menjadi tumpuan bg jemaah utk bersinggah, terutama bg jemaah dari malaysia yg mengerjakan haji mahupun umrah. Pintu rumahnya sentiasa terbuka buat sesiapa saja dgn lynn yg serupa tnpa mengira pangkat. Di kediamannya, selain tazkirah diberi oleh suami roza sendiri iaitu - prof kamil, pn roza sndri turut memainkn peranan dlm menyediakan jamuan buat tetamu yg hadir. Allahu Akhbar. Semoge Allah akn membls sgl kebaikan puan sekeluarga. 

Buku ini byk memberi inspirasi kpd kite, bahawa dlm hdp ini, letakkanlah seluruh pengharapan hny kpd Allah. Dan yakinlah, walau bagaimana pahit pn ujian yg kite rasakan dlm hdp ni, percayalah psti ade hikmahnye. Yakinlah bahawa Allah sdg memberikan yg terbaik utk diri kte. Cuma kadang kala, kite yg gagal utk menafsir di sebalik semua ujian itu. Kite yg sering bersgka buruk dgn Allah. Kte yg sering berputus asa dgn rahmatNya. Kite yg sgt kurg penggantungan dan keyakinan hny kpd Allah.

tanya semula kt diri sendri, apa yg kite kejar dlm hdp ini? Bersyukurlah ape adanya. Yg xdpt, anggaplah itu bkn rezeki kte. Ape yg dpt, syukurlah byk2. Sebab pengakhiran hdp kite nti, semuanya akn ditinggalkan. Tiada yg kekal. Makanya, jangan bersedih dan wake up! Selagi msh Allah pnjmkn umur buat kite, mari sm2 kte perbaiki diri jd org baik, buat ape pn sehabis baik lillahi taala. Dan nikmatilah hdp ini sehabis baek. Pesanan utk diri sendiri jgk. InsyaAllah. ❤

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Allah pilih utk hadir seminar ni. Buat pertama kalinya sy hadiri seminar ibrah.. ini kali kedua sy dpt join seminar yg penyampainye adalah ust. Shaari.

Seminar ibrah nabi musa diadakan selama 2hari. Semalam dan harini, bertmpt di utm, kl. Bkn mudah nk join. Ade bnda yg terpksa dikorbankn. Cthnye open house dan jemputan walimah kwn2. Maaf ye korg. Hihihi

Baru tahu, kisah Nabi musa paling byk disebutkn dlm alquran. Terlalu byk peristiwa penting yg berlaku dlm perjalanan hdp seorang yg bernama Nabi Musa. Mari sy sharekn antara kronologi ringkas kisah Nabi Musa yg dicatat dlm alquran:-

- Nabi musa dilahirkan pd zaman firaun, yg ketika itu zaman d mana ank lelaki dibunuh.

- kelahiran nabi musa, disusui ibunya, kemudian dialirkan ke sungai nil oleh ibunya. (Hikmah - kepercayaan dan penggantungan hrpn hny kpd Allah sepenuhnya ke ats bayi yg dialirkn d ats sg nil).

- nabi musa dijumpai oleh Asiah, iaitu isteri kpd firaun. Asiah jatuh kasih kpd bayi itu. (Hikmah - fitrah manusia yg memiliki sifat penyayang)

- nabi musa menyaksikan pergaduhan antara kaum bani israil. Nabi musa bertindak membantu, lalu tnpa sengaja membunuh salah seorang darinya. Nabi Musa melarikan diri ke madyan. (Hikmah - dipertemukan jodoh dan mendpt perintah Allah utk menyebarkan dakwah islam).

- Di madyan, nabi musa membantu 2org wanita. Kebaikannya membantu 2org wanita itu menyebabkn ayah kpd wanita itu mengambilnya menjadi pekerja. Nabi musa juga akhirnya dikahwinkan dgn salah seorg wanita itu. Selepas 10thn di Madyan, nabi musa merasa rindu utk kembali semula ke mesir. (Hikmah - menyingkap kisah laut terbelah ketika menentang firaun).

- nabi musa mendpt wahyu pertama di jabal thur. Wahyu utk menyampaikan dakwah kpd firaun dan kaum bani israil. Tetapi, beliau mendpt tentgn hebat dr firaun. Firaun mengumpulkan semua pesihir2 handalan utk menentang nabi musa. Nabi musa menyahut tentangan itu. Lalu ketika hari pertandingan, tongkat nabi musa bertukar menjd ular. Ular yg luar biasa hebat itu telah memakan kesemua ular2 ahli sihir berkenaan. (Hikmah - kesemua ahli sihir berkenaan memeluk islam dan beriman kpd Allah)

- Nabi musa meneruskan dakwahnya, lalu msh ditentang oleh firaun. Sehingga dia digelar pesihir gila. Peperangan berlaku antara nabi musa dan pengikutnya dgn firaun dan pengikutnya. Mukjizat tongkat itu telah menukarkan laut itu terbelah kepada 2. Dlm peristiwa ini, kemenangan berpihak kpd nabi musa ats bantuan Allah. Firaun menyesal akhirnya dan mengaku beriman kpd Allah, tetapi syg telah terlambat, ketika nyawa telah smpi ke halkum. (Hikmah - pintu taubat itu sentiasa terbuka kecuali ketika nyawa telah smpain ke halkum. Maka gunakan kesempatan yg ada sebaiknya).

- nabi musa dikurniakan kitab taurat utk berdakwah kpd kaum bani israil. 

Dan ade byk lg ceritanya.. terlalu pjg utk dicoretkn di sini. Sesiapa yg berminat, boleh layari authorstream.com utk mendptkn slide2 semasa seminar berkenaan. 

Byk ilmu yg sy dpt sepnjg 2hr mengikuti seminar ini. Nabi pesan - tuntutlah ilmu smpi ke negeri cina. Terlalu indah bila kte benar2 dpt mentadabbur alquran dgn berguru. 

Jadikanlah alquran sebagai teman karib kite. Terlalu byk peringatan, teguran, dan cerita-cerita yg boleh dijadikan pengajaran dlm hdp kite. Moge2 berkat kesungguhan kite membaca, memahami dan mengamalkn sgl yg terkandung dlm alquran, boleh menjd asbab penerang kubur kite suatu hari nti. InsyaAllah. 

Semoga akademi sinergi akan meneruskan lg aktiviti-aktiviti baek sebegini di masa hadapan. Semoga ilmu yg disampaikan bermanfaat buat seluruh muslimin dan muslimat dan mendapar keberkatan dr Allah.

Semoga kite semua mnjadi mukmin yg beriman dan ditptkn di syurgaNya. Aaminn

tahniah ustaz syaari.! Moge Allah membls sgl ilmu yg tlh dicurahkan. 

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Ok hari ni last day sy bercuti raya pjg. Dan esok akn memulakan semula sesi bekerja. Heh! Kemalasan bergnda. Hahaha. Life must go on.

Dan td bersiar-siar teman besfren carik kerja. Dgn sy pn join sekali. Hahaha. Tibe-tibe rs nk ubah angin lak. Eh!

Semoge murah rezeki cpt dpt keje.

Dear safura, thank you for being one of my closest friend since school, now and hopefully remain till jannah. Terima ksh belanje sy mkn + hadiah comel tu. Appreciated! Love you, bestfriend. ❤

27

Comments: (2)

Assalamualaikum wbt.

28 julai 2015.

Alhamdulillah, Allah kasik setahun lg pertmbhn umur.. selamat hari lahir utk diri sendiri. Doa sy, semoge dgn pertmbhn usia ni, semakin bertmbh jua iman, ilmu, amal dan taqwa. Semoga Allah berikan kesihatan yg baek, memberkati usia, memudhkn sgl urusan hdp sy d dunia, akhirat lebih2 lagi.. semoga sy akn belajar utk lbh mensyukuri ape jua nikmat yg Allah da kasik selama 27thn hdp d muka bumi ini. Aamiin. InsyaAllah.

Terima ksh mak sbb lahirkan angah kt dunia ni. Terima ksh mak dan abah, besarkan angah smpi ke hari ini. Xkn terbalas walau 1 bnda pn. Semoge Allah sentiasa memberkati dan merahmati hdp mak dan abah. Semoga syurga buat kalian! Aamiin. Syg ketat2.

Oh terima ksh kpd keluarga dan shbt2 yg msh xlupe utk wish birthday sy, wlpn jumlah org yg wish tu setiap thn semakin berkurang. Time flies. Xsm mcm dulu2 da. Wakaka. Xpe, abaikan.. sy terharu dan amat menghargai buat korg yg benar2 msh mengingatinya.. semoge semua doa2 yg baik dr kalian tu, akn berbalik smla kpd korg jgk. InsyaAllah. Mmuahh ciked.

Xpe xwish pn. Bkn org penting. Bkn siapa2 pn. Hehe. Sy cume terigt pesan Saidina Ali - jadilah org yg baik. Bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Sebaliknya jgn jd org yg jahat. Bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri..  agk2 dlm golongan manakah kita? Allahu Akhbar.

Meniti usia 27thn ni, rs da tua. Rs kematian tu semakin dekat da. Entahkan esok lusa pergi menghadap Ilahi. Soalnya, da byk manakah bekalan yg tlh kite persiapkan? Allah xjdkn kite sia2 d ats muka bumi ini. Ada bnda yg disuruh buat, ada bnda yg dilarang buat. Soalnya, kite patuh ke pd semua yg disuruh dan dilarang itu? Muhasabah diri. Nasihat utk diri sndri - berhentilah utk terlalu mengejar bnda2 duniawi. Tanamkan azam utk lbh mendekatkn diri kpd akhirat. Mendektkn diri dgn aktiviti2 kerohanian, yg boleh memberi saham akhirat utk diri sendiri.

Oh skrg msh d mood raya. Raya kn sebulan! Hihihi. Tp.. sy rndu bln ramadhan. Rndu nk tgk org berpusu pusu buat ibadah time ramadhan. Rndu sgt. Walaupun org ckp syawal adalah utk bersuka ria, bln kemenangan, tp pd sy, biarlah kemenangan yg kte mksdkn itu, merujuk kpd kemenangan kte dlm pulun melakukan ibadah dlm bln ramadhan itu yg menjd kayu ukur..

Meniti usia 27thn ni, lately perasaan sensitif tu kuat. Sy sensitif bile org tny soalan berkisar jodoh. Dan sy seboleh mungkin akan motivate diri. Xnk nmpk lemah, xnk nmpk mcm org yg berputus asa, xnk nmpk mcm org yg berckp xde agama. Sy selalu nasehatkn diri sndri, rezeki setiap org xsm. Msg2 ade bahagian sndri. Jgn risau, Allah tu maha adil. Dia da tentukan ape yg terbaek utk hamba2Nya. Ade org dpt rezeki kawen awl, mgkn sbb Allah nk kasik die pahala byk bila bersuami. Tp ada org rezeki kawen dia lbt, mgkn sbb Allah nak kasik die pahala byk2 bile bersm ibu dan ayah. Bersyukurlah.. walau di posisi mana pun kita. Bersyukurlah.. walau bkn mudah utk menghadapi ujian itu..

Meniti usia 27thn ni, byk bnda sy da lihat. Byk bnda sy belajar dan berfikir. Tp.. dlm hdp ni, satu je nk ckp. Jgn berhenti berdoa. Teruskanlah berdoa walau xde satu benda pn yg msh Allah qabulkan. Siapa tahu, entah2 doa2 tu semua Allah tgh kumpulkn kt akhirat nti. Xpelah kalau xdpt kt dunia pn. Jgn mengarah Allah utk bg itu ini. Cermin kt diri sendiri. Da cukup sempurnakah kite buat ape yg Allah suruh dan tggl apa yg Allah larang. Kalau belum, maka jgn mrh kalau Allah xqabulkn doa-doa kite. Syukurlah dulu, nanti Dia tambah lagi! Perbaikilah diri dlu utk selalu berniat nk jd org baik, nk buat perkara baik. Jgn bertangguh lg utk berubah jd baik. Sbb end upnye, xde ape pn kt dunia ni yg akn kekal. Semua akn ditinggalkan.

Dan lagi sesuatu, cuba hadirkan rasa ikhlas dlm membuat sesuatu tu krn Allah. Mmg bkn mudah. Kte manusia. Mmg fitrah manusia sukakan perhatian, pujian, dan ksh syg. Tp cubalahh.. cthnye, kalau kite buat baik kt org, bg mkn, bg hadiah, tlg dia, jgn sesekali kte mengharapkn balasan yg sm dr org tersebut. Didiklah hati utk niat - oh aku ikhlas buat ni tnpa menghrpkn apa2 balasan. Cukplah sgl kebaikan2 yg kte lakukan menjd rhsia kte dgn Allah. Sbb bile kte xdpt ape yg kte hrpkn dr manusia, kite akn kecewa. Tp berharaplah hny kpd Allah. Dia yg xkn pernah mengecewakan dan sntiasa ada bersm kte. Allahu Akhbar.

Tq adek belanje mkn td. Kenyang perut suke hati. Alhamdulillah. Puas hati dpt belanja mak beg tangan sebuah. Org ckp, kalo hari lahir kite, maka kene berterima ksh pd mak. Makanye, angah kasik mak beg tgn satu. Hihihi. Tq mak. Wlpn nilai satu beg tgn tu manakan sama dgn sgl jasa dan pengorbanan mak! **nanges**

Sekianlah utk hari ini..

i'm officially 27 today. Alhamdulillah. Terima ksh ya allah utk sgl nikmat yg telah diberikan. Moge sy menjadi muslimah yg mengamalkan islam dlm semua aspek kehidupan. Moge sy dimatikan dlm pengakhiran yg baik dan ditptkn d klgn org yg beriman suatu hari nanti. Aamiin ya rabbal a'lamin.

Assalamualaikum wbt.

Xigt ni buku yg keberapa sy baca karangan Hamka. Tp nak cakapnye, penulisan hamka mmg sgt berkesan dan menyentuh hati.

Merantau ke deli mengisahkan tentang Leman yg berhijrah ke Deli, memulakan hdp baru setelah berumah tgga bersama Poniem. Perniagaan semakin bagus, hdp mereka semakin mewah, tetapi malang Allah msh tdk mengurniakan rezeki anak buat mereka.

Poniem bkn berasal dr suku yg sm dgn Leman menyebabkan pulangnye ke kampung halaman, didesak oleh penduduk kg utk bernikah dgn gadis tempatan dan anak turut dijadikan alasan.

Akibat tdk kuatnya iman, Leman terpengaruh lalu bernikah lain. Poniem yg keciwa tetapi terpaksa redha utk bermadu.. Malangnya kebahagiaan ini tak lama lalu Leman menceraikan Poniem.

Poniem membawa diri. Tabah menjalani hdpnya.

Benar langit tak selalunye cerah. Hari xselalunye indah. Tp nk ckpnye, percayalah setiap slps kesukaran dan kesedihan tu, psti akn Allah gantikan dgn sesuatu yg lbh baik. Yakinlah padaNya. Dia xpernah kejam dgn hamba hambaNya. Tp kite lah yg seringkali melihat kelebihan org laen tanpa mensyukuri sedikit pn ape yg tlh kite miliki.. allahu akhbar.

Muhasabah diri. Bersyukurlah!

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Harini nk review psl novel ash ni. Ni novel pertama dari RodieR yg sy bc. Not bad. Gaya penulisan die ade mcm hlovate cket2 la. Hikhik..

"Seberat mana masalah yg ditanggung, selalunya apabila dikongsi, akan terasa lbh ringan. Walau perkongsian itu hanyalah sekadar dgn meminjamkan telinga utk mendengar.." - pg. 202

"There's a beauty in everything He does for His creation. You might not see it yet, but there is, and there will be for you too. Remember that.." - pg. 215

"Kita ni kalau lama sgt duduk stagnant kt satu-satu tempat, xelok juga. Sempit fikiran jadinya. Kdg2 kena keluar jgk dari tpt yg dah selesa sgt tu. Kena keluar. Luaskan minda. Bg kesedaran pd diri apa yg kite nak tak semestinya bagus utk kite. Dan ada org lain yg lbh bernaseb malang drpd kite.." - pg. 312

P/s ; jgn lupa puasa sunat syawal. InsyaAllah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

6th Syawal 1436H.

Akhirnya sampai gk min ke rumah sy. Da kata hari raye kn, makanya rumah ni open hari2. Sape2 berkelapangan meh jela singgah ye. Hihihi.

Tq min & family sudi singgah beraye ke rumah sy. Tq izz comel. Behave je die.. bdk baek. Nti dtg lg rumah auntie ek. Hihihi.

Hari raya adalah hari utk mengeratkn ukhuwah sesama kte. InsyaAllah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Raya ke4 berkonvoi dgn geng sekola. Dgn diorg ni senang sikit nk deal. Sbb rumah dokek2 je semua pn. Jalan kaki pn boleee. Hihihi.

Selamat hari raya buat seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga amalan kunjung berkunjung ni akn berkekalan smpi bile2. Semoga amalan sebegini dpt mengeratkn silaturrahim kte smua. InsyaAllah.

Assalamualaikum wbt.

Syahdu rasa terawih terakhir mlm td. Syahdu rasa puasa ramadhan terakhir harini.

Terfikir dan tertanya, adakah Allah akn menerima segala amalan yg kite lakukan? Adakah kite tlh melakukan semua amalan dgn berkualiti dan terbaik? Adakah kite akan terus meningkatkn amalan malah bertambah lg slps ramadhan ni nti?

Allahu Akhbar. Sebak rasa. Semoga Allah temukan lagi kita dgn ramadhan di tahun hadapan. Dan semoga Allah menerima sgl amalan kita semua.

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annee" -
"O Allah, You are The One Who pardons greatly, and You love to pardon, so pardon me."

Aaamiin ya rabbal a'lamin.

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin buat semua kenalan yg mengenali diri saya. Semoga perjalanan kita semua selamat sampai ke destinasi msg2..

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Perkongsian tentang umur yg berkat.

Saidina Ali berkata, "tak kira umur kamu pendek, mahupun panjang, tp apa yg plg penting dan utama, apa pengisian yg telah kte lakukan dlm umur yg diberikan Allah itu.."

Ramadhan bakal meninggalkan kite. Tepuk dada tanya iman. Sejauh manakah ibadah yg telah kite lakukan sampai ke hari ini? Sekiranya ramadhan ini adalah ramadhan yg terakhir buat diri kite, sudah puas hatikah kita utk bwk bertemu Allah?  Allahu Akhbar.

Mari sm2 kte muhasabah diri. Mari sm2 kte rebut peluang yg berbaki beberapa hari lg ni. Mari sm2 kte rebut peluang utk memperbykkn amalan2 yg boleh mendekatkn diri kte dgn Allah.

Moge2 ini menjd ramadhan terbaek utk kte semua. InsyaAllah.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Hasan Al Basri ditanya

"..kami telah lama berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan? Sedangkan Allah telah berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan.."

Maka, dijawab oleh beliau.. antara sebab doa tdk dimakbulkan oleh Allah..

1 - kita tidak bersungguh dlm menjalankan hak-hak Allah. Contohnya, kita ambil mudah dalam segala urusan agama. Solat tdk d awal waktu, cukup sekadar solat sahaja. Kte tdk menjadikan Allah itu Maha Besar utk segala aspek kehidupan seharian kte. Kite buat sambil lewa. Maka jgn mrh kalau Allah msh xmakbulkan doa-doa kite.

2 - kite baca quran. Tp kte tak mengamalkn segala isi alquran itu dalam setiap aspek kehidupan kte.. contohnya bab perkahwinan kite beriye nak ikut alquran sepenuhnya, tp bab ibadah, ekonomi, adakah kte btl2 jaga dan amalkn seperti yg diajarkan dlm alquran. Allahu akhbar. Jauh sgt.. maka jgn mrh kalau Allah msh xmakbulkn doa-doa kite.

Mari sm2 kte Muhasabah diri.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Perkongisan dr tazkirah ramadhan. Ciri-ciri org yg mendpt kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat :-

1) org yg lidahnya sentiasa berzikir mengingati Allah

2) org yg hatinya sentiasa mensyukuri sgl nikmat yg dikurniakan Allah.

3) org yg tubuh badannya sentiasa bersabar. Bersabar ats segala bentuk ujian dan dugaan yg dihadapi.

4) org yg dikurniakan psgn hdp suami/isteri yg soleh dan solehah.

Mudah mudahan kite semua tergolong dlm kalangan org yg mendapat kebahagiaan hdp d dunia dan akhirat ini. Aamiin.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Da sampai 7 ramadhan. Semoga kte semua terus istiqamah dlm melakukan apa jua kebaikan. InsyaAllah.

Apabila melakukan amal2 kebaikan, ada 2 perkara perlu dititikberatkan.

1- hadirkan perasaan takut. Takut sekiranya segala amal perbuatan kte tidak diterima oleh Allah. Allahu Akhbar.

2 - hadirkan perasaan utk mengharap sepenuhnya kpd Allah. Mengharap agar segala amal yg kte lakukan akn diterima oleh Allah..

Ya Allah, kurniakanlah kasih sygmu kpd kami semua dan berkatilah kami semua khususnye d bulan ramadhan ini. Aaminn

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Memasuki hari ke-5 ramadhan. Semoga terus istiqamah dlm melaksanakn amal2 kebaikan.

Allah da ckp dlm quran. Tahukah kalian, apakah amalan yg paling disukai oleh Allah? Iaitulah amal2 yg dilakukan sedikit, tetapi berterusan. Moge2 kte manfaatkn sepenuhnya ayt ni.

Biar baca quran xbyk page pn, tp hari2 kte buat. Biar solat terawih 8 rakaat je, tp hari2 kte buat. Moge2 di sisi Allah nti jd tinggi nilaiannya. InsyaAllah.

Slmt meneruskn perjuangan dlm madrasah ramadhan ini kwn2!

- 22jun : i missed you. Time flies. 8years dah. Moge Allah tptknnye di klgn org yg beriman dan beramal soleh. Aamin. Alfatihah utk arwah kakakku.

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.


Br selesai baca buku ni. Buku psl pengalaman seorang insan dr naim. Berkongsi detik suka duka, pahit manis, turun naik sebelum benar-bear bergelar seorang doktor.

Dulu masa kecik2, bile ckp ambition, msti doktor xkan lari dari list. Tp.. br tahu, mmg bkn mudah nk capai. Hanya yg benar-benar selayaknya dipilih oleh Allah.

Sy suke profesion doktor. Sy doakan semoga malaysia akan melahirkan lebih byk doktor muslim yg berjaya. Xkesahla walau di bidang mana sekalipun profesion anda, lakukanlah yg terbaek. Do the best. And be the best. InsyaAllah. 

Dan end upnye biar keikhlasan bekerja tu menjd rahsia yg plg manis antara kte dan pencipta. 
Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi msh lg dipjgkn usia sehgga ke hr ini. Dan lg beberapa hari kte bakal memasuki bln ramadhan. Ahlan ya ramadhan.

Kalau ckp psl ramadhan, mmg xkn lari dgn temanya. Apakah temanya?

Check surah al-baqarah ayt 183:-
"Wahai org2 yg beriman. Telah difardhukan ke ats kamu utk berpuasa sebagaimana difardhukan ke ats umat2 sebelum kamu, moga2 kamu menjd org yg bertaqwa.."

Objektif ramadhan itu sndri adalah utk menjd org yg bertaqwa. Dan mmg bkn mudah utk nk mencapai erti TAQWA sbnr. Kene istiqamah. Moge2 Allah beri kte kesihatan yg baek, moge2 Allah pjgkn usia kte, moge2 Allah beri kte kekuatan dan akhrnye moge2 Allah terima sgl amalan dan kebaikan yg kte lakukan. InsyaAllah.

Ayuh kwn2, mari sm2 kte btlkn niat.. sucikan hati.. ambil, hayati dan rebut sgl kelebihan di bulan ramadhan nti. moge2 ramadhan kali ini adalah yg terbaek kte lakukan. Moge2 ramadhan kte bkn hny pd lapar dan dahaga shj. Moge2 ramadhan ini dpt melatih dan mendidik kte utk menjd muslim yg sejati. Aaminn.

Ahlan ya ramadhan. Counting days!

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

#19 hari menuju ramadhan.

"..Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yg mendoakan kpdnya.." - Hadis Riwayat Muslim.

Ayuh sm2 kte manfaatkan peluang ini, kwn2.. InsyaAllah.

Hulurkan sumbangan, ringankan beban. 👍👍

Comments: (0)

Assalamualaikum wbt.

Smlm sy ke pahang. Ke tasik chini. Dan lalu depn ump. Ya Allah, cantik sgt UMP skrg ni. Mcm2 perubahan. Rndu zaman belaja. Rndu sgl kenangan d sana. Time flies. Dah bertahun tgglkn ump. Terima ksh, krn d sini sy belajar mcm2 bnda.


Dan alhamdulillah opismate sy da jd isteri org. Tahniah ahza. Selmt menjalani alam rumah tgga. Barakallah.