Advertise Here

aZie

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Assalamualaikum wbt.

26.01.2013


selamat hari lahir utk shbtku, nurulin.
moge,
dgn pertmbhn usia, bertmbh jua iman, ilmu, amal dan taqwa,
dipjgkn usia,
dimurhkn rezeki,
dipertemukn jodoh yg soleh,
berjy dlm khdupn d dunia dan akhirat
dan
moge semuanya yg baek2 aje.
-amen-


Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Allah msh pjgkn usia untuk memperingati kelahiran Rasulullah SAW di tahun hijrah 1434 ini.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah SAW.

Berpesan-pesanlah sesama kita.

Antara khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Moge jd pedoman dan peringatan buat kita semua. InsyaAllah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

p/s : cintakan Rasul. Moge jd syafaat utk kte d akhirat nanti. insyaAllah.
Comments: (2)
Assalamualaikum wbt,


me : Salam min. Selamat ulang tahun kelahiran ke-25. Moge dgn pertmbhn usia, bertmbh jua iman, ilmu, amal dan taqwa. Moge dipjgkn usia, dimurahkan rezeki, dipertemukn jodoh yg baek, diberkati hidupmu d dunia dan akhrt. Fren 4eva till jannah. amen

min : Tq very much azie. sekejp je dah 25 yang. Rs br smlm dok sblh bilik ko. InsyaAllah fren till jannah.

aww, so sweet... sbb duduk sblh bilik la, boleh smbut besday ko time ni, min.
boleh jd rapat.
the memory keep fresh in my mind.
ah, rindu
T.T
take care,dear!
Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

"Hidup ini bukan untuk dinikmati yg manis-manis aje. Kadang-kadang yg pahit pun kita perlu hargai agar kita dapat perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri kita. Semua itu supaya kita sedar yg kita adalah hamba Allah yg tak pernah sempurna."


Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

kopok lekoy, yeayyyy..

selalu je boleh jmpe. kt pasar mlm byk kn. tp yg sy persn kalau kt sini, nk jmpe kopok lekor yg btl2 original, mksdnye xde tepung byk sgt, mmg sush. so nak xnk, mmg kene pegi teganung kite la nk jmpe yg btl2 fresh + ikan tebal. hahaha

eh, sy xpyh pegi smpi ke teganung, sbb ade kwn baek org sana. jd kirim jela kn. thank you, syima.


ini btol2 original. nyummeh..

p/s : 2 hari sude brekfest kopok lekor, yaww! haha
Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

19.01.2013

selamat hari lahir utk abah.


moge,

dipjgkn usia,
dimurahkan rezeki,
diberi kejayaan hidup d dunia dan akhirat,
Allah berkati dan merahmati abah smpi ke akhr hyt.
-amen-

abah. sy selalu doakn yg baek2 utk abah. rsnya mmg sgt bsr pengorbanan seorg yg bergelar abah. dan mmg kite smpi ble2 pn xkn mampu nk balas jasa abah. tp cukuplah kite jd anak yg baek, anak yg menggembirakn hati kedua ibu bapa, anak yg menjd penyejuk mata utk kedua ibu bapa, anak yg mendoakn utk kedua ibu bapa, dan sy mesti berusaha utk jd anak yg mcm tu, supaya abah sy redha dgn sy. insyaAllah.

sayaaaaaaanggg abah byk2. 

may Allah bless u alwiz, wherever u r, watever u do,..

Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

eh, dapat lagi..? hehe. rsnye sejak2 da bekerja, jam mcm da berpusing. sy yg akn belikn ape2 utk mak. tp ni da terbalik. mak sy hadiahkn beg comel utk sy. 

segan pn ade. sbb da kerja rs da xlyk lg. tp mak sy kasik, sy mestilah xtolak kan. 

terima ksh, mak! <3


Comments: (0)
Assalamualaikum wbt.

ok, ini entri pembuka walimah pertm utk thn 2013. hehe. dan byk yg akn menyusul nanti2. 

13.01.2013

selamat pengantin baru utk ketua kelas ms sy kt matrik dlu, en hilmi dan psgn. hehe. 


gmbr kawen xde, so mari recall gmbr ms kt matrik dlu. gmbr ni comei je. time last sem, ms ni nk hbs da matrik sethn tu. dan ktorg mcm ade family day la kt pantai pengkalan balak. BBQ, games, dan mcm2 lg. ok seronok sgt. dah berthn tgglkn memori ni.. rndunye pd kwn2 semua..

dan wedding kedua on the same date hr ni, utk opismate sy, pn zura dan psgn.


gmbr kawen xde jgk. ni ms cik zura ni single thn lps. gmbr diambil ketika team building d klana resort, seremban. hehe.

buat shbt sy berdua ni, ucapan khas utk korang:-

“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair” 
(maksud: Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan)
-amen-

Assalamualaikum wbt,

"If ever u meet another man, find someone who loves u more than u do. Believe me, u don't deserve anything lesses than that."

"There's light at the end of the tunnel, remember?"

Kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita,
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA?
Untuk sedarkan kita,
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.
Dan.
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yg tidak kita hargai,
Saat Allah jarakkan kita.
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukum kita,
Tapi untuk memberi pengajaran,
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yg mahu kita lakukan.

"Happy ending tak terletak di tangan mana-mana lelaki, tetapi terletak di bawah tangan NYA, Apabila DIA meredhai segala apa yg dilakukan dan membukakan pintu syurga untuknya."

all quotes taken from, this novel. the best ever!


Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

sy mule belajar saving since sekola rendah lg. ms tu zaman xpndai gune duet sgt. mak bagi duet belanja rm2, zaman tu kire bsr da rm2 tu. so setiap hari rm1 akn belanje, dan rm1 lg akn disimpan dlm tabung. ms tu suke lumbe2 dgn adek n kakak, sape pny duet paling byk simpn nti d hujung thn. indahnye memori!

dan minggu lps sy pergi tabung haji, nk simpan duet lg. org bank siap ckp xlm lg bonus msk, dlm bln 2 biasenye. ok mata bersinar sinar ble dgr. :p haha. kenapa sy pilih tabung haji, sbb sy mls nk pikir utk byr zakat semua kalau saving kt bank lain. so senang sbb tabung haji mmg da tros potong utk zakat. xpyh pening2. tp nk byr zakat ni, kene cukup syarat jgk. kalau xbyk simpanan tu dlm bank, so xperlu. ms pegi PZS hr tu, org tu ckp kalau ade simpanan dlm bank lain jgk, perlu campurkan semua duet simpanan, minimum rm13k baru kene byr zakat..  

Alhamdulillah, amalan menabung yg tlh dipraktikkan dr kecik sy rs amat bermanfaat. so menabungla dr skrg. msh belum terlambat lg.

let's saving! hehe


Assalamualaikum wbt,

seawal jam 11 lebih ditelefon oleh aza, ditny nk pegi ke PZS x. dan sy pn xpikir pjg, trs agree. sbb mmg da lm berniat dan lgpn xnk bertangguh lg. hehe. dan disana, sgl bnda ditanya. sbb mmg xphm. encik yg tukang explain pn mcm phm2 je kami mmg blur. dan ditnjuklah sgl proses pengiraan. anda thu pasal zakat pendapatan? ok mungkin ramai da tahu dan mungkin jg msh ramai yg belum tahu. dlu memg pndg enteng je bnda2 mcm ni, tp skrg ade opismate yg baek2, yg selalu igt mengingatkn jd rs terpukul dgn kealpaan. mucho gracias shbt2ku!

sbnrnye proses die sm je mcm byr hutang kereta ke, hutang ptptn ke. every month pn byr kn, tp bezanya zakat pendapatan ni ikutlah gaji msg2. dan adalah pengiraannye yg tersendiri. tolak itu, tolak ini. hehe. kalau nk senang pegi je PZS atau mana2 yg dekt dgn lokasi anda2 semua la. insyaAllah selesai mslh,
xpyh pening2 kepala da. dan first time pegi dan byr, siap ada akad sekali, merasa pengalaman baru. sbb selalu tgk abah je ade akad time byr zakat fitrah ms bln puasa tu. tup tup, yg ni pn sm ade akad jgk. ehe.

alhamdulillah, msh Allah beri kesemptn utk kesedaran. harta bkn milik kite sepenuhnye. ada hak org lain jgk dlm tu. maka berwaspadalah. dan berzakatlah. zakat ada mcm2. zakat pendapatan, zakat fitrah, zakat harta, zakat emas. tujuan zakat utk menyucikan harta, rohani, jasmani, dan sglnye. moge2 Allah berkati dan murahkan rezeki kte nti dan moge2 jd jambatan utk ke syurga... insyaAllah.


dan seterusnye lps selesai urusan d PZS, trosla kami ke paradigm mall. kt mana tu? ok kt kelana jaya je. agk br jgk tpt ni. jln2 isi perot, window shopping, sembang dll. how sweet. terima kasih cik aza! hehe


p/s : shuffle team @ office. hope 4 the best.. hehe
Comments: (0)
Assalamualaikum wbt,

2012. 


selamat tinggal utk sgl kenangan yg tlh dilalui sepnjg thn 2012 ini. segala suka duka, pahit manis, cabaran dan dugaan yg tlh ditempuhi. 
"u never know how strong u are until being strong is the only choice u have.."

dan.


2013.
moge thn baru ini membw lbh byk kebaikan dlm hdpku dan kite semua.
moge Allah berkati dan mempermudhkn sgl urusanku.
dan moga segalanya yg baek2 saje.
-amen-